Reviu: Pad Man

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam semalam merupakan hari di mana pawagam-pawagam di merata dunia mula menayangkan filem Bollywood bertajuk Padman!

Dibintangi Akshay Kumar sebagai Lakshmi dan Radhika Apte sebagai Gayatri, Padman mengisahkan perjalanan seorang suami yang ingin menghadiahkan (sebuah???sehelai??) tuala wanita kepada isterinya, justeru itu, mencipta mesin-mesin yang boleh membuat tuala wanita atau pad jauh lebih murah berbanding harga di pasaran.

Namun, perjalanannya bukanlah senang. Dahulunya, Lakshmi dan isterinya begitu sweet sekali, seperti apa yang dilihat dalam MV di bawah.

Namun, setelah seluruh kampung mendapat tahu bahawa Lakshmi cuba mengalakkan pengunaan pad kepada isterinya (serta wanita-wanita lain), dia dicaci dan dihina. Ini kerana dalam budaya mereka, isu datang bulan merupakan satu pantang. Wanita yang “kotor” tidak semestinya berada dalam rumah semasa mereka datang bulan. Mereka tidak boleh disentuh pun. Tambahan pula, wanita-wanita ini sekadar menggunakan kain kotor sebagai tuala wanita. Ini tidak baik untuk kesihatan mereka dan amat memudaratkan.

Lakshmi cuba sedaya upaya menukar tradisi dan pantang-larang yang tidak munasabah itu. Oleh kerana pad terlalu mahal, dia cuba membuat pad dengan menggunakan kapas dan kain yang boleh didapati di kedai buat isterinya. Pertama kali, beliau gagal. Perhubungan dengan isterinya terganggu akibat isu ini. Namun itu tidak menghalangnya untuk cuba lagi. Oleh kerana isterinya tidak ingin memakai padnya, dia memakai pad itu dengan menggunakan darah kambing. Pada mulanya, ia berkesan, tiada tembusan. Malang sekali apabila beliau sedang berbasikal, darah tembus!

Akibatnya, dia melarikan diri dari kampung kerana mahu mengambil balik maruahnya yang telah dirampas. Ini kerana dahulu, isu mensus ini amat jijik dan sensitif. Semua orang gila ah dulu, padahal natural je. Yang pelik sekali, wanita-wanita ni semua masih jugak nak gunakan kain dan bukan pad????

Akshay mula membuka kilang kecil untuk menyempurnakan rekaannya, sehinggalah ciptaannya itu benar-benar mujarab.

Setelah itu, rekaannya menarik perhatian pemerintah dengan bantuan Rhea (Sonam Kapoor)

So begitulah cerita kejayaan Pad Man ini. Dia pun balik ke kampung dan kembali ke pangkuan isteri.

Saya rasa ia sebuha cerita yang amat minimalistic tapi sungguh menyentuh jiwa dan penting. Diskriminasi yang dihadapi wanita dimulai oleh wanita sendiri. Mungkin dahulu, wanita dilarang buat kerja rumah kerana waktu datang bulan = rehat. Tapi as time goes by, ia seperti discriminating ah. Dahulu, pemerintah India ingin memberi “cuti sakit” pada hari pertama mensus, but that’s crazy kerana ia menunjukkan bahawa pemerintah menyifatkan wanita sebagai tidak kuat! Selain itu, terdapat juga beberapa pantang yang tidak munasabah.

Perempuan datang bulan tidak semestinya menyentuh jeruk sebab akan merosakkannya. WTH?

Saya amat gembira melihat selebriti-selebriti India mengemukakan isu ini secara terbuka. Ini kerana masih terdapat wanita-wanita yang tidak menggunakan pad. Malang sekali, apabila membeli pad, mereka akan bungkus dengan surat khabar. Sama sahaja seperti di Singapura, berapa ramai lelaki yang akan membeli pad untuk ibu, adik, kakak, isteri tanpa rasa malu-malu?

Dengan adanya #PadManChallenge, mungkin lebih ramai rakyat India akan lebih tahu mengenai masalah ini. Tetapi, mungkin ia tidak akan reach to the rural villages di mana mereka memerlukan pad kerana demografik mereka-mereka yang ada akses ke IG mungkin sudah tahu tentang pad dan buang segala stigma.

Oh ya, it is based on a true story.

PadMan kini di pawagam. Golden Village ada!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s