Kumpulan pop popular, Dolla, bakal menggegarkan Singapura dengan konsert solonya yang pertama di luar Malaysia!
Diberi judul Good Girls Gone Bad, kumpulan yang dianggotai Tabby, Sabronzo dan Angel bakal menghiburkan peminat Singapura pada 22 November di Capitol Theatre.
Pengumuman ini dibuat semalam oleh pihak penganjur, SAH Entertainment. Yang mengejutkan lagi, Dolla juga akan mengadakan konsert di Malaysia pada 6 Disember di Idea Live Arena.
Tiket bagi kedua-dua konsert Dolla ini akan mula dijual pada 19 September, Jumaat pada 3 petang. Tetapi, sekiranya anda berada dalam kumpulan SAH Telegram, terdapat presale seawal 10 pagi pada hari yang sama.
Harga tiket bermula pada $88. Manakala tiket VIP pada harga $158 termasuk gambar, soundcheck, send-off, lanyard dan kad gambar. Anda boleh dapatkan tiket konsert Singapura di Sistic.
Tahun lepas di Telegram SAH, dikatakan bahawa SAH akan menaja busana kebaya sekiranya mereka membawa kumpulan ini. Mungkinkah SAH akan menepati kata-kata mereka?
Lagu-lagu seperti Bad, Damelo dan MWA! amat popular oleh Dolla, sehinggakan lagu-lagu mereka dikenali di luar Nusantara.
Kemunculan Dolla pertama di Singapura secara LIVE adalah pada 2023 di Majulah Night Fest 2023 yang berlangsung di Somerset Scape Park. Ketika itu, Dolla masih lagi berempat bersama Syasya. Ia juga merupakan persembahan luar negara Dolla pertama.
Kepada iDollas, sudahkah anda bersedia untuk perang tiket Jumaat nanti?


[…] petang tadi, SAH Entertainment telah mengumumkan melalui Instagram mereka bahawa konsert DOLLA: Good Girls Gone Bad akan ditunda. Tarikh baharu tidak […]
LikeLike