Kepada anda yang tidak sempat membeli tiket persembahan Yusof, Portrait of a President kerana hari tak ngam atau agak terlambat, usah risau!
Teater Ekamatra baru sahaja mengumumkan melalui saluran Telegram mereka bahawa mereka bakal menambah satu lagi persembahan tersebut pada 24 Oktober pada 8 malam.
Tiket bagi persembahan tambahan ini akan mula dijual oada 8 September ini, pada jam 3 petang. Anda juga boleh menggunakan Pas Budaya (Culture Pass) untuk persembahan ini.
Yusof, Portrait of a President, sebuah pementasan mengisahkan presiden pertama Singapura akan berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober (sold out) dan 24 Oktober di Teater Dermaga Singtel di Esplanade.
Dalam persembahan ini, Sani Hussin diiringi barisan pelakon hebat seperti Siti Khalijah Zainal, Ghafir Akbar, Dalifah Shahril, Farah Ong dan Fauzie Laily.
Pementasan ini merupakan sebahagian daripada 60 Connections – At Home and Afar, program yang meraikan SG60 melalui seni dan cerita tempatan serta kerjasama antarabangsa.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mengenali sisi peribadi Presiden pertama Singapura.

