Tiket konsert Taufik Batisah laku keras, SAH Entertainment buka jualan Circle 2

Nampaknya, pemenang Singapore Idol pertama masih lagi relevan meskipun sudah 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Tiket konsertnya yang dilancarkan awal hari ini sudah pun habis dijual, sold out, guys! Menurut siaran SAH Entertainment, ia habis dijual dalam satu jam.

Ekoran itu, SAH Entertainment telah membuat pengumuman untuk membuka Circle 2 agar lebih ramai Fiknatics boleh membeli tiket untuk menyaksikan Taufik Batisah beraksi di One Last Dance yang akan berlangsung di Star Theatre (Bukit Bintang Temasek) pada 25 Oktober nanti.

Kepada anda yang berjaya beli tiket, tahniah. Kepada uolls yang nantikan tiket Circle 2, boleh dapatkannya di Sistic pada 11 Julai, 3 petang.

One Last Dance merupakan konsert solo Taufik Batisah yang pertama dan juga yang terakhir.

Tinggalkan komen