Dreamplay: Asian Boys Vol. 1… meh

Terus terang, agak sukar untuk mulakan menulis ulasan bagi Dreamplay: Asian Boys Vol. 1 kerana secara peribadi, saya tidak begitu menikmati persembahan Wild Rice kali ini.

Apabila keluar daripada panggung di Funan, saya tertanya-tanya kisah Asian Boys ini untuk siapa? Pada zaman apa? Kenapa? Masih relevan ke? Apasal eh? Ok, I guess?

Gambar: Ruey Loon

Bahkan, apa yang saya katakan kepada oomf yang menonton Asian Boys bersama saya adalah, “ekcili… meh.” Dan oomf pun membalas dengan reaksi yang seakan.

Advertisements

Jangan salah sangka, ia amat menghiburkan sekali dan mencuit hati. Melihat gelagat Ryan Ang, Irsyad Dawood, Goh Seng Henk, Izzul Irfan dan Timothy Wan memainkan pelbagai peranan dalam setiap sketsa begitu meyakinkan dan seronok. Apatah lagi Pam Oei yang membawa watak utama sebagai seorang dewi yang muncul di Singapura demi menyelamatkan dunia yang terpesong.

Gambar: Ruey Loon

Cuma… ia menghiburkan semasa pementasan itu sedang berlangsung. Apabila keluar dari panggung itu, tiada… takeaways bagi diri saya. Semua isu dan topik sama ada pernah saya lihat dan dengar, atau kurang relevan dalam zaman 2025 ini. Well, Asian Boys ini ditulis berdekad dahulu jadi tak hairanlah sekiranya ia agak… lapuk.

Sebagai contoh, isu penapisan (censorship). Ok? Dah banyak kali kita lihat.

Isu lelaki gay Melayu yang mempunyai krisis identiti. Mungkin amat kena jika saya tontonnya pada zaman 2010 atau sebelum tapi sekarang..?

Advertisements

Dan watak “boy”… tiber tau dia muncul? Like? Ok work????? Adakah sebatang dildo sebagai alat tunjuk arah kelakar lagi… IDK, man.

Bukan saja itu, watak-watak Melayu or ‘makcik’ dalam pementasan ini dijadikan bahan jenaka… um? Ok? Melayu hanya caricatures kot? Atau saya terlalu woke???

Apa yang saya benar-benar enjoy adalah pembawaan watak Ivan Heng!!! Spot on, periodt!

Advertisements

Tapi sekiranya anda ingin tonton Dreamplay: Asian Boys Vol. 1 untuk mengalami sendiri persembahan ini, anda boleh dapatkan tiket di sini. Ia bakal berlangsung hingga 12 Julai ini.

Tinggalkan komen