Tiket konsert sulung Taufik Batisah bermula $78

Akhirnya, anda boleh dapatkan tiket konsert Taufik Batisah ‘One Last Dance’ pada 9 Julai nanti.

Bermula pada harga $78, tiket konsert Singapore Idol pertama itu boleh didapati di lelaman Sistic pada Rabu depan, mulai 2 petang. Namun, sekiranya anda ahli SAH-Exclusive, anda boleh mengakses lelaman tersebut seawal 10 pagi.

Sekiranya anda peminat tegar penyanyi lagu I Dream’, ‘One Last’ dan ‘Usah Lepaskan’ itu, apa kata anda dapatkan kategori Fiknatics berharga $228 yang merangkumi sesi temu ramah (meet & greet)?

Semestinya, konsert anjuran SAH Entertainment ini bakal diadakan di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre). Konsert ‘One Last Dance’ ini akan diadakan pada 25 Oktober tahun ini.

Jadi apa tunggu lagi? 9 Julai nanti bersedialah berperang tiket!

One comment

Tinggalkan komen