Blackout tetapi berbaloi: konsert Aku Stacy Menggegar Kota U

Meskipun bekalan elektrik terputus di tengah-tengah konsert semasa Elica Paujin sedang menyanyi, konsert Aku Stacy Menggegar Kota U tetap bertenaga!

Advertisements

Blackout yang terjadi kira-kira 15 minit itu tidak sedikit pun menghambat semangat peminat Stacy yang terus bersorak walaupun panggung International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia agak gelita.

Pengacara konsert, Atu Zero, muncul dengan pengumuman bahawa bekalan elektrik telah kembali normal, dan mehangatkan suasana dengan jenaka selamba serta nyanyian lagu Anuar Zain. Begitu profesional sekali pasukan Stacy menangani masalah teknikal ini.

Konsert Aku Stacy (Menggegar Kota U) membuka tirai dengan lagu Pakai Buang, di mana penyanyi itu bersua bersama penonton di negeri kelahirannya, Sabah.

Advertisements

Sebelum itu, opening act daripada Hafiz Zainal serta Dabra Sia cukup menghiburkan.

Tentunya, suami Stacy, Akim, turut mengongsi pentas dengannya. Sungguh romantis melihat pasangan itu yang turut dikenali sebagai Bunga Cantik dan Hang Nadim bersatu di pentas SICC.

Pasangan serasi berduet!

Selain Akim, Stacy juga menjemput Amir Masdi dan Elica Paujin untuk menghiasi konsertnya itu.

4 vocal powerhouses di satu pentas!

Stacy berkata bahawa blackout yang berlaku pasti rasa berbaloi dengan persembahannya. Apakan tidak, Stacy ‘terbang’ demi peminatnya!

Stacy terapung, menyanyikan lagu Khayalan

Secara peribadi, ini antara konsert paling seronok dan memukau pernah saya pergi tahun ini. Tenaga Stacy amatlah konsisten sepanjang konsert. Lagunya yang rancak diiringi tarian penuh ligat. Manakala lagu baladanya pula membuktikan lantunan suaranya yang unik. Tak lupa juga segmen di mana budaya Sabah dikemukakan.

Advertisements

Memang berbaloi teramat sangat konsert Stacy. Rugi pada mereka yang tak pergi. Sekiranya Stacy membawa konsert ini ke Kuala Lumpur atau mana-mana di Semenanjung Malaysia, pastikan anda beli tiket cepat!

Cuma satu/dua je kekurangan… iaitu banyak berbual ah. Macam tengok rancangan hiburan dan bukan konsert… Dan lagi satu, sound system agak kurangz sedikit!

UMobile… 2.0 bila?

Tinggalkan komen