Biduanita Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan menyanyikan sebuah lagu baharu buat julung kalinya di konsert The Next Wave, di Singapura.
Menurut artikel The Straits Time, penyanyi itu berkata “Singapura sentiasa istimewa”.
Kepada penggemar konsert Siti, pasti anda tahu bahawa penyanyi itu sering ada lagu eksklusif di setiap konsert dan konsert di Stadium Tertutup Singapura tidak terkecuali. Beliau menambah bahawa beliau akan debut lagu baharu pada 26 Julai nanti.
Judulnya belum didedahkan tetapi Sitizoners boleh menjangkakan sebuah lagu balada.
Ini merupakan kali kedua Siti akan menghiburkan peminatnya di Stadium Tertutup Singapura. Kali pertama adalah dua dekad lalu.
Dalam konsert ini, Siti telah mempelawa Hael Husaini sebagai penyanyi jemputan.

Mungkin… Hael Husaini yang tulis lagu baru Tokti, kot?
Anda boleh membeli tiket konsert The Next Wave, Siti Nurhaliza LIVE in Singapore di lelaman Sistic.

[…] rasmi telah dibuat oleh Biz Trends Media, penganjur yang sama membawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza ke Singapura menerusi konsert The Next Wave. Kali ini, mereka tampil dengan konsert mega bertajuk […]
LikeLike
[…] itu saja, pembikin lagu tersohor, Hael Husaini, turut turun padang untuk menyerikan lagi pentas Dato’ Sri Siti Nurhaliza LIVE in Singapore: The […]
LikeLike