Jumbo akan datang ke Cathay Cineplexes minggu depan!

Filem animasi popular Indonesia, Jumbo, bakal ditayangkan di Singapura mulai 26 Jun nanti.

Advertisements

Ia akan disiarkan secara eksklusif di pawagam Cathay Cineplexes saja, menurut lelaman pawagam itu.

Filem yang telah mencatat rekod di Indonesia itu telah menjana kutipan sebanyak US$24.7juta setakat ini, menjadikannya filem animasi Asia Tenggara dengan kutipan yang tertinggi, menurut The Jakarta Post.

Advertisements

Bahkan, ia juga mengatasi kedudukan filem terlaris Indonesia sebelumnya iaitu KKN Desa Penari yang dilancarkan pada 2022.

Karya hasil Visinema Pictures ini menampilkan suara Bunga Citra Lestari dan Ariel (kumpulan Noah) sebagai watak ibu bapa kepada watak Jumbo.

Filem ini mengikuti Jumbo yang mempunyai buku dan lagu istimewa daripada orang tuanya dan mempunyai hasrat untuk menjadikannya sebuah persembahan.

Dengan pertolongan oleh rakan-rakan serta neneknya, Jumbo merealisasikan impiannya itu. Dalam pada itu, mereka berdepan dengan pelbagai rintangan serta keseronokan yang tidak boleh dilupakan!

Advertisements

Menurut artikel CNA, filem ini mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan dan lebih 420 orang terlibat dalam menjayakan animasi ini.

Selain filem Ejen Ali 2, filem ini juga sesuai untuk anda ajak anak anda tonton semasa musim cuti sekolah bulan Jun ini, kan? Jadi, bila tiket dah boleh beli, cepat-cepat tempah tau!

Advertisements

Tinggalkan komen