Ade Govinda, Ernie Zakri artis jemputan Divine Concert Cakra Khan di Singapura

Selain menyaksikan Cakra Khan di Divine Concert yang bakal berlangsung pada 18 Julai di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre), anda juga bakal dihiburkan oleh Ernie Zakri dan Ade Govinda.

Di Instagram pihak penganjur, Shiraz Projects, mereka mengumumkan bahawa dua artis dari Malaysia dan Indonesia ini bakal menjadi artis jemputan bagi Divine Concert.

Advertisements

Agak-agak, lagu apa yang bakal dibawa mereka berdua? Masing-masing ke? Hal Hebat ke?

Gambar: Shiraz Projects

Menariknya, ruang komen di Instagram ditutup bagi siaran tersebut. Ini mungkin kerana kekerapan pihak penganjur untuk membatal atau menunda konsert anjuran mereka. Agak tidak mahu dibanjiri komen pembeli tiket yang kurang puas hati? Mungkin…

Advertisements

Bagaimanapun, sekiranya anda ingin mendengar suara serak-serak basah Cakra Khan, suara power Ernie Zakri atau menonton Ade Govinda secara LIVE, tiket bagi konsert ini boleh didapati di lelaman Sistic.

Gambar: Shiraz Projects
Advertisements

Tinggalkan komen