Gilalah Maniacks!
Tiket bagi konsert sulung Insomniacks di Singapura laris bak goreng pisang panas dan habis terjual dalam masa 4 jam sahaja.
Itulah yang dikongsi oleh pihak penganjur konsert ‘Echoes of A Dream’, SAH Entertainment, di Instagram mereka semalam.
Tapi jangan risau, bagi yang tak dapat tiket, anda boleh sertai waitlist! Tekan saja pautan di bawah:
Untuk maklumat anda, tiket bagi konsert Insomniacks di Kuala Lumpur juga berjaya sold out dalam masa 4 jam saja.
Ramai warganet berkongsi bahawa lokasi Capitol Theatre serta peminat Gen Z dan juga harga berpatutan konsert ini membolehkan tiket terjual dalam masa yang singkat.
Wow… laku keras eh Insomniacks!
Jadi sekarang… bila SAH Entertainment nak umum konsert Dolla pulak? Ramai iDollas dah tertunggu-tunggu ni…

