Nyanyian Terus Hidup secara solo, GENTO dengan kumpulan Alpha (debut!) serta Bang Bang Bang bersama kumpulan Alpha Prime menempatkan Izat Ibrahim di tangga ke-4 di peringkat separuh akhir Big Stage Alpha minggu ini.

Penyanyi asal Singapura itu meraih markah sebanyak 67.30%.
Tidak boleh dinafikan, suara Izat benar-benar memukau penonton tatkala menyanyikan lagu Terus Hidup nyanyian asal idolanya, iaitu Aina Abdul.
Di peringkat akhir minggu depan, Izat akan berdepan dengan Araff Mohamed, Afiq Sky, Daniel Sher, Ray-D, Ariel Fesol dan Rizal Rasid. Tiada penyingkiran malam ini.

Minggu depan, Izat bakal membawa lagu Januari nyanyian asal Glenn Fredly, serta lagu Run oleh BTS.
Ayuh sama-sama kita sokong bakat setempat di peringkat akhir Big Stage Alpha 15 Jun depan!
