Para Maniacks pasti tertunggu-tunggu saat ini.
Kumpulan Insomniacks yang popular dengan lagu Reminisensi, Sempurna, Pulang dan banyak lagi bakal beraksi di Singapura pada bulan lapan nanti.
SAH Entertainment baru-baru ini mengumumkan butiran konsert Echoes of A Dream di Instagram. Bertempatkan di Capitol Theatre, konsert itu akan berlangsung pada 16 Ogos, Sabtu.
Penjualan awam bagi tiket Echoes of A Dream bermula pada 9 Jun, 2 petang manakala jualan khas bagi ahli SAH Telegram akan bermula pada hari yang sama pada 12 tengahari di lelaman Sistic.
Harga tiket bermula pada $88. Bagi kategori berdiri, anda boleh tambah $28 untuk ‘priority’ untuk mendapatkan laluan pintas dan lebih dekat dengan Insomniacks.

Anda juga boleh menikmati sesi Meet & Greet bersama kumpulan di bawah naungan Universal Music Malaysia ini dengan tambahan $88.
Jadi untuk para Maniacks Singapura, bersedialah untuk berperang tiket. Ini kerana konsert kumpulan yang dianggotai Iqie, Iskandar dan Danial itu sold out dalam masa 4 jam bagi konsertnya di Kuala Lumpur!


[…] bahawa konsert ini mungkin diadakan di lokasi yang sama seperti konsert Insomniacks akan datang iaitu di Capitol Theatre. Insomniacks juga di bawah naungan […]
LikeLike
[…] bagi konsert sulung Insomniacks di Singapura laris bak goreng pisang panas dan habis terjual dalam masa 4 jam […]
LikeLike
[…] Konsert kot takkan lah tak rancang awal-awal? Bukan ke dah buat sidang media berbulan yang lalu? Bersama Ernie Zakri dan Insomniacks? […]
LikeLike