Gayong mula ditayangkan 22 Mei di Singapura

Filem aksi drama biografi, Gayong, bakal disiarkan di Singapura mulai 22 Mei (Khamis) di pawagam.

Advertisements

Filem arahan Faisal Ishak ini mengisahkan kisah pengasas Silat Gayong, Datuk Meor Abdul Rahman, yang berasal dari Perak. Ia sudah mula ditayangkan di Malaysia mulai 8 Mei lalu.

Kisah ini mengikuti pengasas Silat Gayong yang berhijrah ke Singapura untuk merantau, pada zaman British. Pada masa yang sama, seni Silat Gayong dikembangkan.

Faisal Ishak bukan satu-satunya bakat kelahiran Singapura yang terlibat dalam filem ini, Fauzie Laily juga turut terlibat! Jadi, jomlah sokong bakat setempat.

Advertisements

Anda pasti tidak ingin lepaskan peluang menonton filem yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Setakat ini, hanya pawagam Golden Village dan Shaw Theatres yang telah memasarkan filem Gayong ini di lelaman mereka. Sama ada Cathay Cineplexes akan membawa filem ini atau tidak masih belum pasti.

Advertisements

One comment

Tinggalkan komen