Erwin Dawson sertai politik? Masuk PSP?

Ura-ura Erwin Dawson untuk sertai dunia politik mungkin menjadi kenyataan.

Baru-baru ini, kelihatan mantan pelakon itu memakai seragam Parti Kemajuan Singapura atau Progress Singapore Party (PSP) dalam sebuah gambar di socmed PSP.

Di siaran tersebut, tertulis bahawa parti itu sedang mengagihkan bubur ramadan di banyak kawasan merata Singapura.

Sama ada Erwin sekadar seorang sukarela atau bakal calon PSP bagi Pilihan Raya akan datang masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, selebriti tersebut pernah menyuarakan niatnya untuk mencuba industri politik pada masa hadapan. Dengan penglibatannya dalam kegiatan seperti ini, tidak mustahil sekiranya dia bertanding dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan atau Group Representation Constituency (GRC).

Nampak gaya, GE2025 semakin hari semakin menarik!

One comment

Tinggalkan komen