Lagu Raya Iman Fandi bukan sekadar milik dirinya, tetapi sebuah karya yang dirakam bersama keluarga besar Fandi!
Menarik, kan?
Diberi judul Hari Raya Raya Raya, penyanyi setempat itu berkongsi bahawa lagu tersebut menyatukan keluarga serta merayakan warisan dalam musim perayaan ini.
“Hari Raya bererti bersama keluarga, menjamu selera, dan mengunjungi mereka yang jarang kita jumpa hari-hari,” kata penyanyi di bawah naungan Universal Music Singapore itu.
Pengalaman merakam lagu Raya ini bersama keluarga terdekat menjadikannya sebuah projek muzik yang penuh makna—bukan sekadar lagu, tetapi satu detik indah yang dikongsi bersama! Iman turut mengongsi gambar-gambar rakaman di Instagramnya baru-baru ini.
Ini juga merupakan lagu berbahasa Melayu pertama Iman Fandi. Semoga Iman terus menghasilkan lebih banyak lagu Melayu agar mudah menembusi pasaran Malaysia. Lagi cepat mencanaklah kerjaya muziknya nanti!
Hari Raya Raya Raya oleh Iman Fandi kini boleh didengari di semua platform penstriman.

