Black Eyed Peas kasi havoc di SG Ogos nanti

Konsert Galau: The Finale bukan sekadar sebuah acara muzik yang mengimbau perasaan, tetapi juga memberi kejutan buat para peminat muzik.

Ketika semua masih dalam mood galau dengan persembahan artis-artis hebat serantau, SAH Entertainment tampil dengan pengumuman yang menggemparkan—Black Eyed Peas bakal menggegarkan Singapura!

Kumpulan hip-hop ikonik dari Amerika Syarikat ini, yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Pump It, My Humps, I Gotta Feeling, dan Where Is The Love?, bakal mengadakan konsert di Stadium Tertutup Singapura (Singapore Indoor Stadium) pada 25 Ogos.

Menurut Sufi Rashid, bos SAH Entertainment, ia kali pertama SAH Entertainment bakal adakan konsert di Stadium Tertutup Singapura dan ia juga konsert terbesar penganjur tersebut.

Namun, satu persoalan yang bermain di fikiran ramai—adakah Fergie akan turut serta?

Seperti yang diketahui, penyanyi wanita itu telah mengundur diri daripada kumpulan tersebut, dan sehingga kini, tiada kepastian sama ada beliau akan membuat kemunculan khas atau tidak. Apa yang pasti, ahli yang masik aktif (menurut Wikipedia) Will.i.am, apl.de.ap dan Taboo bakal memberikan persembahan yang bertenaga dan tidak boleh dilupakan Ogos nanti!

Dengan barisan lagu-lagu yang membangkitkan nostalgia, ini adalah peluang keemasan bagi para abang-abang dan kakak-kakak Milenial untuk menyaksikan Black Eyed Peas secara langsung di Singapura. Jadi, jangan berlengah—pastikan anda mendapatkan tiket sebelum kehabisan, kerana ini bakal menjadi konsert yang boom boom pow!

Maklumat jualan tiket masih belum dikongsi lagi buat masa ini.

(gambar Singapore Stadium: CNA)

Tinggalkan komen