Pelawak asal Sabah, Mad Sabah, bakal membuat kemunculannya di Kota Singa buat pertama kali!
Seorang pelawak stand-up dwibahasa, pasti dia akan membawa lawaknya dari Malaysia dengan memberikan suntikan Singapura apabila membuat persembahan di The Projector bulan dua nanti.
Konsperm anda akan tidak kering gusi melayan lawak jenakanya yang amat selamba dan kelakar!
Video-videonya di TikTok juga sering masuk FYP, jadi sekiranya anda belum pasti sama ada anda ingin beli tiket untuk Mad Sabah LIVE in Singapore, anda boleh cari saja namanya di TikTok.
Mad Sabah juga ada di Facebook dan Instagram kalau korang tak guna TikTok ler.
Tiket boleh didapati di Peatix pada harga $35.
Acara: Mad Sabah LIVE in Singapore
Bila: 15 Februari, 8 malam
Mana: The Projector @ Golden Mile
