Kugiran Masdo, kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Dinda, Pujaanku, dan Janji Manis, akan menghiburkan peminat di acara Music Day Out – Magical Garden.
Persembahan istimewa ini berlangsung dari 31 Disember hingga detik awal tahun baru 2025 di *Scape, Singapura.
Selain Kugiran Masdo, acara ini turut menampilkan barisan artis antarabangsa dan tempatan seperti:
• ADOY (KR)
• Aggressive Raisin Cat (SG)
• BlackArmatus x DJ XULALIT (TH)
• cotoba (KR)
• DJ Love (PH)
• Eden Eyes (SG)
• Fatbear (SG)
• I-SKY & ReddiRocket (MY)
• Mary Sue & The Clementi Sound Appreciation Club (SG)
• nkei (SG)
• sub:shaman (SG)
• The Filters (MY)
• turbo boyfriend (SG)
• Vegtable (SG)
• VVAS (TH)
• Wormrot (SG).
Yang menarik? Tiket adalah percuma dan boleh didapati di laman rasmi *Scape. Jangan lepaskan peluang untuk melangkah ke tahun baru bersama muzik serantau hebat!
