Penyanyi comel dan berbakat, Ernie Zakri, baru je umumkan yang dia akan bawak konsert solonya ke Singapura!
Berjudul Aura: Ernie Zakri Live in Concert, ia bakal bertempatkan di The Theatre at Mediacorp, dan bukan tempat biasa SAH Entertainment iaitu Bukit Bintang Temasek (Star Theatre).
Konsert itu bakal berlangsung pada 31 Mei 2025, Sabtu.
Tiket boleh mula didapati pada Jumaat ini, 27 Disember mulai 3 petang (Jualan Awam).
Harga tiket bagi konsert penyanyi Masing-masing, Gundah, Boneka dan banyak lagi ini amatlah mampu milik – bermula pada $78 hingga $228 (VIP serta sesi temu ramah)
Jadi Jumaat nanti tu cepat-cepat beli kat Sistic tau? Sebab konsert dia kat Kuala Lumpur, 7 jam je tiket dah habis!



[…] akan berada di konsert ByAjai & Mega Friends manakala Ernie akan mengadakan konsert solonya di Singapura berjudul […]
LikeLike
[…] sedialah untuk halwa telinga anda berasa nikmat dengan vokal merdu Ernie Zakri yang akan mengalunkan suara emasnya di The Theatre at Mediacorp pada 31 Mei […]
LikeLike
[…] naungan Universal Music Malaysia akan mengadakan konsert tersendiri di Singapura. Mereka ialah Ernie Zakri, Dolla dan […]
LikeLike