Sertai waitlist Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0 pada 11.11

Mulai esok (11.11), anda boleh mula sertai waitlist untuk membeli tiket Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0!

Konsert ini bakal menjadi satu acara yang sangat dinanti-nantikan, mempersembahkan kerjasama hebat antara Ajai dan rakan-rakan artis terkenal Malaysia, menjanjikan malam penuh nostalgia dan muzik bermutu tinggi.

Menurut sumber kami, penjualan tiket early bird akan bermula pada 18 November. Tarikh ini telah diumumkan oleh Ajai sendiri dalam sesi TikTok LIVE yang berlangsung semalam. Ajai ni eh, selalu tau adakan TikTok LIVE tapi kami asyik terlepas je!

Sekiranya anda ingin membeli tiket early bird, anda dapat nikmati diskaun sebanyak 10%, satu tawaran istimewa untuk mereka yang ingin mendapatkan tempat duduk terbaik lebih awal.

Harga tiket bermula daripada $108 untuk kategori ‘Serasi Bersama’, sehinggalah $398 bagi kategori Super Mega yang disertakan dengan sesi bertemu ramah (Meet & Greet). Ini adalah peluang istimewa bagi peminat untuk berinteraksi lebih dekat dengan para artis!

Bagi peminat tegar, terdapat juga tiket Special Super Mega dengan harga terhantuk $1,116, yang termasuk makan malam eksklusif bersama bintang-bintang yang akan menghangatkan malam konsert ByAjai & Mega Friends 1.0.

Ini adalah kesempatan luar biasa bagi peminat yang mahu lebih daripada sekadar menyaksikan persembahan – mereka dapat berbual dan bersantai bersama idola mereka dalam suasana peribadi dan eksklusif.

Antara nama besar yang dijemput oleh Ajai untuk memeriahkan konsert di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) pada 10 Mei 2025 adalah Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Asmidar, dan Hazama. Setiap daripada mereka terkenal dengan vokal yang mantap dan kehadiran pentas yang memukau, pasti akan memberikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan kepada para penonton.

Tiket bagi konsert ini boleh didapati di laman web Sistic. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan penuh bintang dan meraikan muzik hebat di Konsert ByAjai & Mega Friends 1.0!

Tinggalkan komen