Ada Kerak Ada Nasi wayang masyarakat menghiburkan

Jalan cerita wayang Peranakan anjuran Gunong Sayang ini bolehlah dikatakan agak biasa-biasa aje. Tapi, apa yang bikin ia menarik betul adalah bahasa yang digunakan – penuh dengan lenggok Melayu Baba yang memang kelakar dan bikin hati senang.

Sebetulnya, sebab utama saya ingin tonton Ada Kerak Ada Nasi ini adalah kerana saya tak pernah tonton wayang Peranakan. Jadi, saya teringin sangat nak rasa macam mana suasana pementasan di mana Melayu Baba menjadi bahasa utama yang digunakan oleh para pelakon. Macam mana agaknya?

Bila saya melangkah masuk auditorium di Singapore Chinese Cultural Centre, terus rasa macam masuk mesin masa! Fuh, suasana dia, lain macam.

Cara pementasan ini bermula memang old school habis. Sebelum mula tu, ada senarai panjang lebar penaja, orang-orang yang terlibat, dan barisan pelakon semua terpampang di skrin. Lima minit jugalah baca credits dulu!

Dari segi cerita, memang simple. Keluarga ada salah faham, pastu berbaik balik. Eh, habis cerita. Ringkas dan straight to the point. Tapi, kadang-kadang cerita macam ni yang best – tak payah pening kepala fikir plot twist pelik-pelik.

Pada masa yang sama, saya rasa watak Benjamin dan girlfriendnya tu tidak penting. Ia menjadi sebab untuk menonjolkan budaya perkahwinan Peranakan dalam kisah ini. Ia tidak menambah kepada jalan cerita.

Yang membuatkan ia menarik adalah melihat budaya Peranakan hidup depan mata menerusi Ada Kerak Ada Nasi. Bahasa mereka, aduh, itu yang paling seronok. Penuh dengan lawak selamba dan ungkapan-ungkapan Melayu Peranakan yang buat penonton tak kering gusi!

Selain bahasa, penonton dapat tengok adat dan budaya Peranakan yang lain, seperti acara berarak masa perkahwinan. Terpegun betul bila tengok mereka berpakaian lengkap, dengan muzik dan tarian semua.

Dan yang paling comel sekali, finale dia! Semua orang diajak nyanyi lagu Geylang Si Paku Geylang. Mana boleh tak join kan? Lagu evergreen ni memang semua orang tahu, dan bila nyanyi sama-sama, rasa macam satu kampung, penuh semangat dan gembira!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen