Bahayanya berzina: Miss Saigon

Percintaan Sepantas Kilat

Bayangkan: Mereka hanya bertemu pada satu malam, tapi terus jatuh cinta dan berkahwin? Memang pantas, kan?

Tapi itulah sebenarnya permulaan cerita dalam muzikal Miss Saigon yang sedang hangat dipersembahkan di Sands Theatre, Marina Bay Sands. Muzikal ini, dengan muzik oleh Claude-Michel Schönberg dan lirik oleh Alain Boublil dan Richard Maltby Jr., akan memukau Singapura hingga 29 September.

Drama Perang dan Cinta Yang Tragis

Kalau nak tahu, cerita ini cukup popular dan penuh dengan drama!

Kisah cinta ini berlaku di tengah-tengah Perang Vietnam – antara Kim, seorang wanita Vietnam (dilakonkan oleh Abigail Adriano), dan Chris, seorang tentera US (dibawakan oleh Nigel Huckle).

Mereka jatuh cinta secara mendadak—selepas satu malam yang sangat… alah mereka bersatu malam tegak (one night stand).

Cinta mula berputik antara Kim dan Chris

Tapi selepas itu, hidup mereka jadi tunggang-langgang. Chris terpaksa pulang ke US, sementara Kim tinggal keseorangan di Vietnam.

Oh, dan tanpa pengetahuan Chris, Kim sebenarnya bunting! Jadi, bayangkan drama yang menyusul selepas itu.

Perpisahan, Anak Tersembunyi, dan Keputusan Tragik

Chris pun dah move on dengan hidup barunya di US bersama isteri Minah Salleh.

Sementara itu, Kim dan anaknya terus berjuang untuk hidup. Tapi apabila Chris akhirnya mendapat tahu tentang anaknya di Vietnam, dia nekad nak mencarinya.

.

Dan di sinilah plotnya jadi lebih rumit—tak nak spoil, tapi bila anak mereka akhirnya berada di tangan Chris, Kim buat keputusan yang sangat mengejutkan: dia bunuh diri. Yup.

Sebagai seorang Islam yang menonton muzikal ini, memang sukar untuk menerima tindakan Kim yang memilih untuk membunuh diri. Dalam Islam, nyawa itu sangat berharga, dan tindakan Kim jelas bertentangan dengan prinsip ini. Kenapa perlu bunuh diri hanya kerana cinta?

Namun begitu, jika kita cuba melihat dari perspektif watak Kim, tindakannya mungkin boleh dianggap “munasabah” dalam konteks emosinya. Dia sangat inginkan cinta Chris, tetapi realitinya, Chris sudah beristeri dan kehidupan mereka tak mungkin dapat disatukan lagi.

Tambahan pula, Kim telah menyerahkan anaknya kepada Chris dengan harapan anaknya akan mempunyai masa depan yang lebih baik di US. Jadi, dalam fikirannya yang sudah rapuh, dia mungkin merasakan bahawa dia tidak lagi mempunyai apa-apa tujuan untuk hidup.

Cinta yang diidamkan sudah tidak mungkin tercapai, dan anaknya kini berada di tangan Chris, membuatkan Kim merasa hidupnya tidak ada erti lagi.

Tindakan Kim, walaupun tidak logik dan sukar diterima, mungkin adalah gambaran terakhir keputusasaannya dalam menghadapi dunia yang sudah menghancurkan harapan dan impiannya.

Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh cinta dan keputusasaan terhadap keputusan seseorang, walaupun keputusan itu tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

Set Gempak, panas dan Helikopter di Pentas

Mungkin kedengaran macam plot sinetron atau telenovela, tapi percayalah, ia penuh dengan elemen drama yang intens. Sungguh “drama Asia vibes”!

Apa yang betul-betul menarik adalah set yang gempak, suara merdu para pelakon, dan adegan di mana sebuah helikopter sebenar (agak ah?) muncul di pentas—serius, sebiji helikopter!

Entah macam mana ia boleh muat kat atas pentas tu, saya pun tak tahu!

Bukan itu saja, ada juga adegan yang boleh buat kita rasa… hmm, agak panas!

Macam biasa dalam muzikal sebegini, ada babak-babak yang melibatkan tarian-tarian yang agak menggoda.

Wanita-wanita dengan gaya yang cukup berani dan berahi, menari dengan penuh tenaga dan keghairahan, memang bikin suasana hangat. Kalau awak jenis yang minat tarian seksi, pasti adegan ini buat mata tak berkedip.

Dan kalau awak minat tengok jantan herlok pula, jangan risau—ada juga seorang watak lelaki dengan badan berketul-ketul yang pasti buat ramai orang tertanya-tanya, “Dia workout kat gym mana ni?”

Dengan otot-otot yang jelas dan badan yang bergetar ketika menari, memang tak boleh dinafikan dia berjaya mencuri tumpuan. Babak ini memang direka untuk memikat hati penonton dari pelbagai citarasa—sedikit hiburan visual yang mencuit perasaan dan membangkitkan kehangatan suasana muzikal ini.

Memang boleh kata, ada sesuatu untuk semua orang!

Kalau anda teringin nak tengok Miss Saigon, jangan risau—tiket masih boleh didapati di lelaman Sistic. Cepat sebelum terlepas!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen