Checkpoint Theatre mempersembahkan Playing With Fire, sebuah pementasan yang mengisahkan masalah iklim yang semakin memuncak dan industri minyak dan gas.
Dalam dunia di mana industri minyak dan gas menjadi tumpuan dek masalah iklim, ada ke orang yang masih ingin bekerja dalam industri ini?
Inilah yang membelenggu fikirannya setelah mendapat beberapa temuduga dalam industri petrokimia ini. Namun, Sue Rozario mendapati dirinya membongkar perhubungan antara industri minyak dan gas, pembangunan moden Singapura dan sejarah keluarganya sendiri.
Semakin dia mengorek perkara ini, dia dipaksa untuk berdepan dengan rahsia yang terpendam – bukan saja dengan orang yang ditemuduga tapi juga rahsia dirinya.
Playing With Fire mempamerkan pandangan manusia yang mendalam tentang industri Singapura dahulu dan sekarang, sambil meletakkan kerumitan peralihan tenaga yang adil di bawah mikroskop.
Karya Cheyenne Alexandria Phillips mengetengahkan perhubungan antara manusia dan industri dengan empati dan nuansa. Arahan mahir Claire Wong menambat barisan pelakon yang hebat-hebat. Ini termasuk Rebecca Ashley Dass, Cheryl Lee, Gosteloa Spancer, Nora Samosir, dan Rafaat Haji Hamzah, yang bakal menghidupkan kerumitan dan ketegangan kerja ini.
Tepat pada masanya dan menarik, Playing With Fire mengkaji bagaimana kami terlibat dalam masalah iklim dan bertanya apa yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.
Anda boleh saksikan pementasan ini di Blackbox, Pusat Drama dari 15 Ogos hingga 25 Ogos. Tiket boleh didapati di Sistic, bermula pada harga $45.
DAPATKAN TIKET ANDA DI SINI
– Pengkritik Sandiwara

[…] Playing With Fire, yang ditulis oleh Cheyenne Alexandria Phillips, bukanlah sekadar pementasan biasa yang penuh dengan statistik membosankan. […]
LikeLike
[…] Siapa: Ariati Tyeb Papar, Fir Rahman, Rizal Aiman, Amirah Yahya, Suhaila M Sanif, Rusydina Afiqah, dan Rafaat Hj. Hamzah […]
LikeLike