Sebulan lambat.
Itulah yang terbenak di dalam fikiran saya apabila mendapat tahu bahawa sebuah filem mesra LGBTQ+ yang melibatkan barisan pelakon Melayu setempat sedang ditayangkan di pawagam mulai 4 Julai. Ini kerana Bulan Bangga (Pride Month) jatuh pada bulan Jun.
Berjudul Salam Gembira, filem ini menampilkan Rizal Aiman, Ho Pak Kin, Sari Kartina, Angela Oostveen, Joeri De Bruin, Angelica Reitsma, Zac Denver Lee, Anees Hameed, Mariana Yati, Vincent Tee, Rozita Abu, Rafaat Haji Hamzah, Mitchell Van Kleef, Ernest Seah dan ramai lagi.
Filem ni pasal apa?
Pendek kata, filem arahan Dzul Sungit ini mengisahkan Moe, seorang anak lelaki yang tinggal sebumbung dengan temanitanya, Samantha di Belanda.
Namun, apabila ibu bapa Moe (siap bawak rombongan) tiba di Belanda secara mengejut, Moe menyuruh Samantha untuk bertukar tempat dengan adiknya iaitu Daniel. Ye lah kan… tinggal sebumbung kan haram namanya kalau belum kahwin.
Tapi di sinilah rasa sangsi berpuak. Ini kerana Daniel ialah seorang yang gay. Susulan ini, ibu bapa Moe mula syak bahawa anaknya juga mungkin suka kaum sejenis!
Alhamdulillah, semuanya OK saja apabila Moe dedah perkara yang sebenar.
Jadi persoalannya, adakah dosa berzina dengan pasangan lain alat kelamin lebih direstui daripada menjadi seseorang yang suka kaum sejenis? Renung-renungkanlah.
Kerelevanan di Singapura
Di Singapura, lelaki dan wanita belum berkahwin bebas berkawan. Budaya dating disifatkan sebagai biasa. Walhal dating itu haram.
Perkahwinan sivil juga menjadi satu lumrah biasa dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam apabila salah seorang pasangan itu tidak mahu memeluk agama Islam. Mesti uolls tahu kan akan tea mengenai seorang adik pempengaruh setempat?
Dan benda ini semua sudah terbiasa dan dipandang ‘remeh’ dalam masyarakat kita. Jadi persoalannya, adakah kehidupan LGBTQ+ satu hari nanti akan menjadi satu perkara yang biasa dalam masyarakat kita?
Filem ini juga menyuntikkan unsur ‘manusia’ dalam puak LGBTQ+. Ini kerana biasanya, masyarakat kita hanya sekadar melihat mereka sebagai golongan yang taksub dengan seks.
Salam Gembira menunjukkan sisi manusia iaitu mereka juga punyai keluarga, kehidupan sendiri dan hubungan bersama Sang Pencipta.
Ini menggambarkan situasi yang amat genting dan sukar, dan ini juga mencerminkan pemahaman masyarakat Melayu/Islam Singapura terhadap benda-benda seperti ini.
Seperti apa yang dikongsi dalam filem ini, Mufti pun punyai masa yang sukar untuk hadapi isu ini.
Yang tak best
Tak boleh dinafikan bahawa filem ini satu wadah yang baik untuk merapatkan jurang antara masyarakat Melayu/Islam dengan konsep LGBTQ+, tapi filem ini juga ketara dengan cacat-celahnya.
Pertama sekali, terlalu banyak watak.
Adakah watak Pak Haji yang kehilangan isteri penting?
Watak Daud dan Yati? Tak perlu kot. Lagi-lagi adegan Daud makan Bak Kut Teh halal.
Banyak juga small talk yang tak perlu.
Ada kalanya rasa seperti menonton dokumentari tentang Rotterdam pulak…
Adegan di mana tersalah tempah Airbnb yang tak cukup bilik terlalu over. Boleh je cakap Mak Bapak dia nak tengok-tengok rumah anak dia kot.
Adegan di mana Moe dan Dan berbual di dalam bilik ala heart-to-heart tidak kesampaian. Tiada impak dan tak cukup feels.
Terdapat juga beberapa adegan di mana kamera tunjuk bangunan atau sampan and kite tercari-cari watak yang sedang berbual.
Adakah watak pencerita (Mateen) itu penting? Ini kerana wataknya seolah-olah mencuri perhatian dan menjadi watak utama di akhir cerita padahal dia bukan main character!
Pada pendapat saya, mesej yang hendak disampaikan masih boleh dicapai dengan tiadanya watak Mateen serta rombongan rakan-rakan ibu bapa Moe iaitu Daud, Pak Haji dan Yati. Menyebok je diorang.
Judul filem ini pun tidak begitu memberi kesan. Salam Gembira tidak membawa sebarang makna penting ataupun bermakna dalam filem ini. Seolah-olah terpaksa diletakkan dalam skrip hanya kerana ia judulnya.
Apa yang saya suka tentang filem ini adalah tentang PRIDE.
Ini kerana orang-orang yang tidak bangga menjadi diri mereka selalu sembunyi identiti mereka untuk teruskan kehidupan seharian. Tapi Moe tidak bangga menjadi dirinya dan tidak bangga akan temanitanya apabila keluarganya tiba secara mendadak.
Juxtaposition gitew!
Salam Gembira hanya ditayangkan di pawagam Filmgarde Cineplexes dari sekarang hingga 10 Julai. Dapatkan tiket anda di sini.
Oh ya, filem ni R21… hahahahahahahahaha.
Also, berita setempat kita tak cover ke filem setempat ni?

[…] hebat-hebat. Ini termasuk Rebecca Ashley Dass, Cheryl Lee, Gosteloa Spancer, Nora Samosir, dan Rafaat Haji Hamzah, yang bakal menghidupkan kerumitan dan ketegangan kerja […]
LikeLike
[…] Anda boleh baca ulasan kami tentang filem LGBTQIA+ ini di sini. […]
LikeLike
[…] mula memahami kenapa seorang teknisyen (dimainkan oleh Rafaat Haji Hamzah) terus setia bekerja walaupun setiap hari terpaksa menanggung risiko yang […]
LikeLike