Dua karya Moli Mohter bakal dipentaskan dalam Siri Black Box anjuran Teater Kami.
Berjudul Bohong dan Janji, ia ditulis serta diarahkan oleh Moli Mohter.
Bohong menampilkan Rizal Aiman, Fadhil Daud dan Amirah Yahya di mana kisah ini membongkar individu yang mengalami keadaan mental di mana dirinya dipanggil untuk berbohong. Meskipun segala tipu helah itu tidak memanfaatkannya, beliau lebih selesa berbohong daripada memberitahu perkara yang benar.
Bohong mempamerkan keikhlasan persahabatan tatkala rasa sangsi membelenggu. Apakah erti persahabatan apabila moraliti seseorang dalam keraguan?
Janji pula dihidupkan oleh Suhaila M Sanif dan Fandy Ahmed. Ia menceritakan seseorang bernama Andi yang diberitahu bila ajalnya. Untuk melanjutkan lagi kesihatan dan nyawanya, Andi membuat perjanjian dengan Iblis dan akibatnya, hidupnya porak peranda!
Anda boleh saksikan Bohong dan Janji di Teater Kami Black Box Studio di 126 Cairnhill Arts Centre pada 19 Julai hinga 21 Julai.
Tiket-tiket boleh didapati di sini.
– Pengkritik Sandiwara


