Ratu rok Ella akan kembali ke Singapura

Siapa yang terlepas konsert dua malam Ratu Rok Ella tahun lepas di Singapura?

Berita baik bagi anda, Ella baru sahaja mengumumkan bahawa beliau akan membawa konsert berjudul ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia‘ ke Kota Singa.

Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 9 dan 11 Ogos. Bilakah agaknya tarikh bagi Singapura dan di manakah agaknya?

Menurut siaran di lelaman penyanyi yang popular dengan lagu Sembilu dan Retak itu, peminat boleh nantikan maklumat lanjut di Instagramnya serta Instagram Hitman Solutions.

Mampukah Ella mencipta sejarah dengan konsert sold out 2 malam sekali lagi?

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen