Wild Rice umum 4 lagi pementasan

Syarikat teater setempat, Wild Rice, baru-baru ini telah mengumumkan empat lagi pementasan yang bakal dipersembahkan sebagai penutup bagi Musim 2024 mereka.

Empat persembahan itu ialah Don’t Call Him Mr. Mari Kita, Dive, Accidental Death of an Activist dan The Wizard of Oz!

Don’t Call Him Mr. Mari Kita

Ekoran persembahan yang laris dijual pada 2022, Don’t Call Him Mr. Mari Kita kembali ke The Ngee Ann Kongsi Theatre buat musim terakhir yang terhad.

Dalam persembahan ini, Julian Wong – salah seorang pengarah muzik ternama di Singapura, memberi peringatan kepada guru kepada gurunya, dalam menyamput warisan dan kehidupan arwah Zubir Said.

Sebuah sketsa yang harus ditonton pada musim Hari Kebangsaan! Ia akan mula pada 6 Ogos.

Dive

Dipersembahkan dalam studio Wild Rice, karya Laura Hayes ini sebuah persembahan yang menyentuh jiwa lagi kelakar di mana ia meneroka sisi gelap sebuah cinta menerusi perhubungan seseorang di mana ia bertukar menjadi sesuatu yang tidak dapat ditahan namun sukar untuk dilepaskan.

Dive akan berlangsung dari 5 hingga 22 September.

Accidental Death of an Activist

Penuh jenaka dan banyak dengan persoalan, kisah yang diberi nafas baru dengan skrip terkini oleh Jo Kukathas ini seakan komentar akan penyalahgunaan kuasa dan ketidakmasukakalan pihak berkuasa.

Anda boleh tonton persembahan ini dari 26 September hingga 19 Oktober.

The Wizard of Oz

Apabila taufan membawa Dorothy dari Yishun ke negeri penuh keajaiban Oz, dia harus mencari jalan pulang dengan bantuan orang-orang berbahasa Hokkien, seorang Jejaka Timah yang mempunyai kapak besar dan kosa kata yang lagi mampat, serta seekor Singa yang amat sensitif.

Buku kanak-kanak popular yang diberi suntikan segar ini pasti menjadi satu muzikal yang seronok untuk ditonton seisi keluarga!

Anda boleh saksikannya mulai 14 November.

Tiket-tiket bagi setiap persembahan akan mula dijual pada 24 Jun, dengan diskon Early Bird sebanyak 15% bagi tiket Kategori 1 & 2 sehingga 10 Julai bagi 3 persembahan yang berlangsung di The Ngee Ann Kongsi Theatre.

Bagi Wild Rice Angels, tiket-tiket sudah pun boleh dibeli sekarang.

Dapatkan tiket anda di sini.

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen