Seperti yang dijangkakan, konsert gabungan XPDC dan Rusty Blade di Singapura dibatalkan.
Itulah yang dikongsi oleh Greendoor Studios di Instagram mereka.
Menurut siaran itu lagi, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 25 Mei ini dibatalkan atas ‘keadaan yang tidak dapat dielakkan’.
Namun, keadaan tersebut tidak diberitahu dalam siaran itu.
Pembeli tiket akan diberi maklumat lanjut mengenai pengembalian wang menerusi e-mel.
Sebelum ini konsert ini ditunda. Ia sepatutnya berlangsung pada bulan Februari tapi ia ditangguh pada Mei. Lokasinya juga ditukar dari Dewan 3 ke Dewan 7 di Singapore Expo.
Sebab yang serupa diberi atas penangguhan ini.
Nampak gaya, secara perlahan-lahan, pembatalan konsert kini menjadi budaya kita.
Konsert-konsert yang pernah dibatal sejauh ini adalah konsert solo NOAH, Muzikal Tribute R.Ismail, Serumpun Berdansa. Konsert Dewa 19 pula ditunda dan tiada khabar daripada pihak penganjur.
– Pengkritik Sandiwara

[…] Rusty Blade x XPDC, Dewa 19, 6ixth Sense, Serumpun Berdansa – The Pinholes, The Changcuters dan Kugiran Masdo, Aliff Aziz (tak diumumkan pun). […]
LikeLike