Zhin Sadali anggap Hanan sebagai saudari

Menjawab soalan DM seorang pengikutnya, Zhin Sadali menjelaskan bahawa dirinya dengan Hanan S.H. Al-Johary (@phsha) tidak berdating. Malah Zhin menganggap pempengaruh itu sekadar seorang saudari atau ‘sister’.

Ini ekoran video promosi Uniqlo di mana mereka berdua memperagakan busana jenama tersebut, sambil berkelakuan amat serasi sekali yang mengakibatkan segelintir individu untuk berpendapat bahawa mereka sedang bersama! Adui, comelnya…

Memang tak boleh dinafikan bagai pinang dibelah dua. Sedondon lagi diorang pakai baju tu semua!

gambar: IGS Zhin Sadali

Tambahan pula, pelakon, pengacara dan pelakon helok itu menulis di Instagram Storynya bahawa Pasha mempunyai minat dan dorangan yang sama dengannya dan sering memberi ilham kepadanya untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik.

Also, Hanan kan dah kahwin? Kan?

Zhin juga sempat selitkan bahawa ‘Bujang Things’ masih bernyawa. Menandakan… dirinya tu masih bujang lah, kan?

Bujang Things adalah sebuah siri kandungan di mana Zhin mengongsi resipi memasak yang mudah… alah, sesuai untuk orang bujang!

Difahamkan siri memasak ini menarik ramai pengikut Malaysia buat Zhin. Tahniah dan alhamdulillah!

Semoga perjalanan sebagai pembikin kandungan buat kedua-dua selebriti ini akan lebih bersinar!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen