Esplanade tambah satu lagi show untuk Dangdut Koplo Extravaganza

Dek sambutan hangat, pihak Esplanade Pesta Raya tambah satu lagi timing bagi acara Dangdut Koplo Extravaganza!

Selain 12 Mei, 8 malam, peminat Ochi Alvira dan Syahiba Saufa kini boleh saksikan mereka pada jam 5 petang, pada hari yang sama di Studio Annex, Esplanade.

Tiket bagi 8 malam sudah pun sold out.

Anda boleh dapatkan tiket untuk acara 5 petang mulai Isnin depan, 18 Mac pada jam 2.30 petang. Menurut siaran Facebook Pesta Raya, ini tambahan terakhir rancangan ini.

Di TikTok, ramai yang merungut tak dapat tiket. Mudah-mudahan dengan penambahan ini, ramai yang akan berpeluang untuk rebut tiket!

Anda boleh dapatkan tiket di sini apabila tiba waktunya.

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen