Nabila Huda, Masdo, Ario Bayu, Dato’ Jeffrydin di Pesta Raya 2024!

Tiket bagi persembahan-persembahan untuk Pesta Raya 2024 sudah pun mula dijual pagi ini.

Dalam edisi ke-23 Esplanade Pesta Raya, anda dijemput untuk menikmati pelbagai seni Nusantara yang kaya lagi menarik.

Berlangsung pada 9 hingga 12 Mei 2024, ini adalah antara acara bertiket yang boleh anda jangkakan:

Bawang Putih Bawang Merah

Dua adik beradik tiri bekerjasama untuk mengatasi jangkaan masyarakat – mampukah mereka lakukannya?

Diterbitkan oleh Teater Ekamatra, Bawang Putih Bawang Merah tulisan Mohd Fared Jainal bakal menampilkan Nabila Huda, Aidli ‘Alin’ Mosbit, Fir Rahman, Munah Bagharib, Rizman Putra, Siti Hajar Abdul Gani, dan Siti Khalijah Zainal. 

Bawang Putih Bawang Merah akan berlangsung di Teater Dermaga Singtel di Esplanade pada 10-12 Mei. Tiket bermula pada harga $45.

Tiket boleh didapati di sini


Samsara – A Cine-Concert

Apa yang sanggup anda gadaikan untuk kotakan keinginan manusia? Teroka kisah ini dalam Samsara – sebuah konsert-pawagam yang diilhamkan daripada filem hitam putih German pada tahun 1920-an serta wayang kulit.

Karya arahan Garin Nugroho akan dibintangi Ario Bayu & Juliet Widyasari Burnett dan ramai lagi.

Ia akan berlangsung pada 10 Mei pada jam 8 malam di Dewan Konsert Esplanade. Harga tiket bermula pada $28.

Tiket boleh didapati di sini.


Jalan Raya

Jalan Raya oleh Zarina Muhammad mengundang penonton untuk berjalan dan berbicara mengenai sejarah, kenangan yang terkandung dan kebijaksanaan peribadi atau kolektif yang kita telah pelajari daripada ruang-ruang yang kita diami, lalui dan memberi perhatian.  

Berlangsung dari 9 hingga 11 Mei di Studio Annex Esplanade. Harga tiket bermula pada $17.60.

Dapatkan tiket di sini


Dangdut Koplo Extravaganza!

Mengasyikkan, hipnotik dan menggugah jiwa – bersedia untuk menikmati muzik dangdut koplo, yang bakal dipersembahkan oleh dua bintang popular dangdut Indonesia, Ochi Alvira dan Syahiba Saufa! 

Siapa tak kenal mereka, kan? Lagu Pantun Janda, Malampagi dan banyak lagi dah mencecah berjuta strim di Spotify dan Youtube!

Hanya untuk satu malam pada 12 Mei, peminat duo ini boleh berdansa di Studio Annex Esplanade!

Harga tiket bermula pada $32.

Cepat rebut tiket!

cepat beli ni selling fast nokkk

Hidup Pop Yeh Yeh!

Nampaknya Baby Boomers dan Gen Z akan bergabung dalam Dewan Konsert Esplanade pada 12 Mei nanti untuk… berdansa!

Dalam persembahan rancak ini, seniman perintis, Dato’ Jeffrydin, Dato’ L. Ramli dan S. Mariam berganding bahu dengan band pengaruh pop ‘60-an, Masdo, untuk meraikan legasi genre muzik yang disayangi ini dalam Hidup pop yeh yeh

Menyatukan seniman dari generasi dahulu dan sekarang, persembahan ini bukan sahaja satu konsert – tetapi ia satu penghargaan kepada dan satu sambutan terhadap seniman yang dihormati yang telah mencipta genre ini. Ayuh, dengar cerita-cerita dan lagu-lagu mereka dan ketahui legasi pop yeh yeh

Tiket bermula pada harga $32.

Beli tiket untuk anak… atau mak bapak?


Untuk maklumat lebih lanjut tentang Pesta Raya, anda boleh kunjungi lelaman mereka.

– Pengkritik Sandiwara

5 comments

Tinggalkan komen