Tiket π‘­π’†π’π’π’Žπ’†π’π’‚ β€” 𝑫𝒂𝒕𝒐’ π‘Ίπ’“π’Š π‘Ίπ’Šπ’•π’Š π‘΅π’–π’“π’‰π’‚π’π’Šπ’›π’‚ Live in Singapore boleh dibeli 29 Feb nanti

Jualan pusingan kedua bagi konsert π‘­π’†π’π’π’Žπ’†π’π’‚ β€” 𝑫𝒂𝒕𝒐’ π‘Ίπ’“π’Š π‘Ίπ’Šπ’•π’Š π‘΅π’–π’“π’‰π’‚π’π’Šπ’›π’‚ Live in Singapore boleh dibeli pada tanggal Tahun Lompat – 29 Februari nanti.

Atas kehendak ramai, SAH Entertainment serta pihak Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan adakan satu lagi malam bagi konsertnya di Singapura. Ini merupakan konsert pertama Tokti di Singapura yang diadakan pada 2 malam secara back-to-back.

Sebelum ini, tiket konsert ini sudah pun sold out dalam masa beberapa jam. Disebabkan itu, tanggal konsert 28 Jun ditambahkan. Oleh kerana sudah beberapa orang yang membeli tiket 29 Jun menukar tiket mereka kepada 28 Jun, orang ramai nanti boleh membeli tiket bagi kedua-dua tarikh.

Bagi mereka yang berada di senarai menunggu (waiting list) jualan awal akan bermula pada 29 Februari, 11 pagi hingga 1 petang. Jualan awam akan diadakan pada hari yang sama pada 2 petang pula.

Konsert Diva Nusantara ini akan diadakan di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) pada 8 malam pada kedua-dua hari itu.

Harga tiket bermula pada $88 hinggalah $288. Anda boleh dapatkan tiket anda di lelaman Sistic pada hari penjualan.

Dapatkan tiket anda di sini!

Semoga maju jaya untuk hari peperangan tiket nanti, para Sitizoners!

Untuk yang akan ke konsert Tokti, ingat, Tokti baru-baru ni ada album baru. Jinak-jinaklah dengar album terbaru Tokti ok?

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen