Berita baik buat Sitizoners!
SAH Entertainment akan menambah satu lagi malam bagi konsert Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tiket konsert Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza habis dijual dalam masa beberapa jam pada hari penjualan 24 Januari lalu.
Oleh kerana sambutan hangat, SAH Entertainment tambah satu lagi tarikh pada 28 Jun, sehari sebelum hari konsert asal iaitu 29 Januari.
Menurut video yang dikongsi SAH Entertainment, Tokti sendiri telah berkata bahawa pemegang tiket 29 Jun boleh menukar kepada tarikh 28 Jun.
Sebelum mengumumkan tarikh baru ini, SAH Entertainment telah bertanya kepada warganet akan cadangan menambah tarikh malam kedua. Warganet terbelah bagi, tapi yang penting, penambahan hari konsert membolehkan lebih ramai Sitizoners untuk menyaksikan idola mereka di pentas Bukit Bintang Temasek (Star Theatre).
Lebih banyak maklumat akan dikongsi SAH Entertainment.
Tarikh penjualan tiket bagi malam kedua belum diumumkan.
– Pengkritik Sandiwara

[…] kehendak ramai, SAH Entertainment serta pihak Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan adakan satu lagi malam bagi konsertnya di Singapura. Ini merupakan konsert pertama Tokti di Singapura yang diadakan pada 2 […]
LikeLike
[…] bukan hanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza saja yang akan menyerikan Kota Singa dengan sebuah konsert pada bulan enam nanti, penyanyi […]
LikeLike