Dah namanya penyanyi legenda, pasti tiket konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza habis dalam beberapa jam saja, kan?
Pihak penganjur, SAH Entertainment, juga berkata bahawa seramai 8,000 orang yang menunggu di barisan maya (online queue) meskipun tiketnya sudah habis pada hari penjualan minggu lepas.
Pada mulanya, mereka berkata bahawa untuk adakan Day 2 bukan dalam perancangan mereka.
Namun awal hari ini, mereka bertanyakan kepada pengikut mereka sama ada penambahan hari bagi konsert Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza LIVE in Singapore harus diteruskan? Tapi… ada syaratnya!
Penambahan konsert ini bermakna konsert kedua ini akan berlangsung sebelum 29 Jun – hari konsert asal.
Ini bermakna, pembeli tiket yang bagai nak rak membeli tiket mereka tidak akan menjadi orang pertama yang menonton konsert Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Singapura.
Ini mencetus kepelbagaian pendapat di ruang komen.
Tidak lagi eksklusif
Ada yang tidak setuju dengan ini kerana mereka yang sudah membeli tiket 29 Jun ingin unsur eksklusif kepada mereka sendiri kerana sudah gigih dapatkan tiket setelah merempuh perang tiket.
Ada yang membezakan situasi ini dengan konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena. Meskipun ramai yang mahu Tokti tambah hari, ia tetap tidak berlaku.
Ini membuat konsert Epitome sungguh eksklusif.
Nak tengok Tokti
Ada yang belum dapatkan tiket ingin membeli tiket hari kedua kerana mereka juga tidak ingin lepas peluang menonton Tokti di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre).
Lagipun, kalau Tokti adakan dua hari, pasti akan sold out jugak kan?
Sebenarnya, kalau nak eksklusif sangat… buatlah macam konsert Ella?
Konsert Ella di Singapura juga hadapi situasi yang sama. Tapi untuk menghargai peminatnya yang merebut tiket pada malam asli (aka malam kedua konsert), Ella bawak penyanyi undangan lebih mantap pada hari kedua tu.
Konsert Coldplay, Bruno Mars, Taylor Swift semua tambah tarikh sebelum tarikh asal takde orang bising je. Semua orang lagi suka. Kenapa Melayu…. kenapa?
Apa kata SAH dan Tokti buat cam tu?
Lagipun, apa yang eksklusif sangat? Macamlah boleh mati kalau tak dapat tengok dulu. Lek ah.
Agak-agak korang… ada tak Day 2?
– Pengkritik Sandiwara

[…] mengumumkan tarikh baru ini, SAH Entertainment telah bertanya kepada warganet akan cadangan menambah tarikh malam kedua. Warganet terbelah bagi, tapi yang penting, penambahan hari konsert membolehkan lebih ramai […]
LikeLike