Pangdemonium dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka akan membawa balik sebuah pementasan dahsyat, Falling, oleh Deanna Jent.
Pada 2016, pementasan itu laku keras dan memenangi beberapa anugerah seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik serta Terbitan Tahunan (Pilihan Pembaca) bagi Anugerah Straits Times Life Theatre 2017.
Menurut Pangdemonium, ia masa untuk memberitahu semula kisah ini di mana penonton akan ikuti sepasang ibu bapa – Tami dan Bill mengemudi perjalanan membesarkan dua anak belasan tahun. Lisa, 16, berperangai dan amarah; dan Josh, 18, seorang anak muda yang autistik.
Falling mendedahkan keseimbangan sukar sebuah keluarga, di mana hidup mereka berputar di sekitar Josh – rutinnya, ketaksubannya dan setiap langkah yang harus diambil untuk menjalani hidup sehari-harianya.
Kehidupan keluarga ini menjadi kacau-bilau tatkala kewujudan seorang tetamu, bertindak sebagai hidup atau mati dalam keluarga ini.
Diarah oleh Tracie Pang, Falling menjanjikan pengalaman teater memukau yang akan menjiwai penonton, membuat mereka memahami dengan lebih mendalam lagi akan pengalaman manusia dan cinta tiada batas seorang ibu bapa.
Andrew Marko akan sekali lagi menghidupkan watak sebagai Josh, seorang anak muda dengan autisme. Karen Tan, Dwayne Lau, Lok Meng Chue dan Rebecca Ashle Dass turut membintangi Falling.
Berlangsung pada 8 hingga 24 Mac di Teater Dermaga Singtel di Esplanade, tiket-tiket boleh didapati di Sistic mulai hari ini.
BELI TIKET DI SINI
– Pengkritik Sandiwara
