Khamis lalu (18/01), kami telah menonton pementasan Motherland, sebahagian daripada Pesta Pinggiran Singapura M1 tahun ini.
Sesungguhnya, karya Very Shy Gurl by fendy ini sebuah pementasan abstrak tentang dua orang askar di mana kesetiaannya bukan kepada negara yang sama.
Di dalam panggung yang sederhana dan gelap di Practice Theatre, penonton dapat melihat perhubungan antara dua askar ini yang dimainkan oleh Bada Jabari dan Irfan Kasban.
Perhubungan mereka yang tidak tentu sama ada cinta atau benci membuatkan saya bingung sebab secara jujurnya, saya keliru.
Tujuan watak anjing oleh Mish’aal juga menjadi tanda tanya.
Sketsa ini dibahagikan kepada beberapa adegan di mana setiap adegan diberi nama warna-warna bendera Palestine.
Suara merdu Rosemainy Buang harus dipuji. Sungguh sayu dan menenangkan.
Setelah habis menonton Motherland, saya terpinga-pinga. Mungkin ia terlalu intelektual bagi saya sehinggakan sukar untuk minda yang kecil ini faham karya mulia ini.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Laydiio)
