Trio popular Indonesia, TBA (dahulu dikenali sebagai Coboy Junior dan kemudian CJR), akan mengadakan konsert mereka di Panggung Capitol pada April nanti.
TBA dianggotai Teuku (Kiki), Bastian (Babas), Alvaro (Aldi) yang popular dengan lagu Kamu, U-Uh… dan Terhebat itu akan menghiburkan peminat Singapura pada 27 April 2024.
Di Instagram EVB Group Pte Ltd, diumumkan bahawa penjualan prioriti akan bermula pada 31 Januari, 10 pagi manakala jualan umum akan bermula 1 Februari, 10 pagi.
Untuk penjualan prioriti, anda harus menyertai kumpulan Telegram EVB Priorities. Pautan itu dikongsi secara eksklusif di Instagram pihak penganjur.
Tiket-tiket bermula pada harga $108 hinggalah $268 (termasuk Meet & Greet)
Difahamkan, Gihon Marel dan UN1TY akan membuat penampilan di konsert ini.


Tiket boleh didapati di lelaman Sistic.
– Pengkritik Sandiwara
Gambar header: EVB Group Pte Ltd
