Mulai esok (18 Januari), pawagam di Singapura akan menayangkan filem seram Indonesia berjudul ‘Siksa Neraka’.
Menarik sekali, tayangan filem yang sama ini telah dilarang di negara jiran kita, iaitu Malaysia dan Brunei.
Menurut artikel Lobak Merah, filem lakonan Safira Ratu Sofya, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahab, Nayla Purnama, Rizky Fachrel dan ramai lagi itu menggambarkan adegan-adegan seksaan di neraka. Dan oleh kerana gambaran seksaan neraka, ia mungkin punca mengapa tayangan Siksa Neraka diharamkan di Malaysia dan Brunei.
Difahamkan bahawa filem Siksa Neraka ini berdasarkan siri komik yang mempunyai judul yang sama.
Video acah filem Siksa Neraka
Selebriti transgender terkenal Indonesia, Lucinta Luna, mahu menjadi insan yang lebih baik setelah menonton filem ini, tulis KapanLagi.
Filem arahan Anggy Umbara itu akan ditayangkan hanya di pawagam Golden Village di lokasi Vivocity, Plaza Singapura, Tampines dan Yishun.
Adakah anda akan membeli tiket untuk tonton filem ini..?
– Pengkritik Sandiwara

