Taufik Batisah sertai daya usaha Geng subuh macam jumaat

Selebriti setempat popular, Taufik Batisah, merupakan satu-satunya artis yang bakal sertai kempen Geng Subuh Macam Jumaat versi Singapura.

Ini merupakan kali kedua acara serupa anjuran Al Fajr ini berlangsung. Minggu lepas, acara Geng Subuh Macam Jumaat berjaya diadakan di Masjid Yusof Ishak pada 6 Januari.

Kali ini, acara sembahyang subuh di masjid itu akan diadakan di Masjid Mujahidin pada 13 Januari, waktu subuh.

Orang ramai boleh mendaftarkan diri untuk acara ini di pautan ini.

Acara minggu lepas menarik seramai 3,500 jemaah menurut artikel Berita Harian ini.

Donjany (pengasas bersama Al Fajr), Luqmanshii dan Sham Rahman merupakan poster boy minggu lepas. Minggu ini, Taufik Batisah ditambah kepada barisan poster boy.

InsyaAllah, lebih ramai selebriti akan menampilkan diri untuk menarik lebih ramai jemaah. Tapi ingat, sembahyang kerana Tuhan dan bukan retis!

Mana tau Alif Satar dari Malaysia pun boleh ikut serta? Ye lah, kan daya usaha ni dicetuskan Alif Satar!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Al Fajr)

One comment

Tinggalkan komen