Konsert XPDC, Rusty Blade di Singapura tangguh

Berita tentang konsert ditangguh atau dibatalkan tidak menjadi isu yang mengejutkan lagi.

Baru-baru ini, pihak penganjur Greendoor Studios mengumumkan bahawa konsert Rusty Blade & XPDC Live in Singapore ditunda.

Konsert yang seharusnya berlangsung pada bulan Februari 2024 di Singapore Expo Dewan 3 akan ditunda kepada 25 Mei 2024, Singapore Expo Dewan 7 pula.

Di siaran Instagram mereka, mereka menyuruh pembeli tiket agar rujuk kepada e-mel untuk butiran lanjut.

Selain itu, mereka juga meminta maaf atas kesulitan ini. Tambahan pula, mereka juga bakal melancarkan tiket baharu dengan kategori baharu.

Sebab mengapa konsert ini ditunda tidak diberi penjelasan, cuma diberitahu bahawa ada perkara yang tidak dapat dielakkan.

Hmm…

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen