Muzikal tribute R. Ismail dibatalkan

Muzikal tribute bagi memperingati jasa seni Allahyarham R. Ismail dibatalkan.

Itulah yang dilaporkan Berita Mediacorp malam semalam.

Berjudul NADARINDU, A Tribute to R Ismail, ia sepatutnya berlangsung Sabtu ini (23 Disember) di Pusat Drama, Perpustakaan Negara.

Menurut artikel itu lagi, keputusan ini dibuat oleh pihak penganjur iaitu Majlis Pusat. Ia dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Hanya 15% tiket terjual setakat ini meskipun jualan dimulakan pada 8 November lalu.

“Sebab utama ialah penyumbang dana terpaksa menarik diri dan dengan penjualan tiket yang sangat kurang, kami khuatir tidak mampu melaksanakannya, ia akan membawa akibat yang kurang baik pada kami dan kepada para peserta juga,” kongsi Setiausaha Agung Majlis Pusat, Isiah Majid.

Muzikal ini seharusnya menampilkan tiga anak R. Ismail, Iskandar Ismail, Elfee Ismail serta Aslina Ismail di satu pentas.

Anda boleh baca wawancara terperinci di Berita Mediacorp.

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen