Hady Mirza mara ke pusingan akhir All Stars Gegar Vaganza

Hady Mirza menjadi satu-satunya peserta yang akan mewakili Singapura di peringkat akhir All Stars Gegar Vaganza.

Bertemakan ‘Kompilasi Kapak Leleh’, Hady menyanyikan lagu Opera Hidup (Wings) dan Tragedi Oktober (Dato Awie) menempatkannya di posisi ke-4. Hady meraih markah sebanyak 70.75%.

Mampukah Hady Mirza mencipta sejarah sekali lagi di pentas akhir GV kali ini? Hady Mirza merupakan pemenang GV musim ke-6, di mana kemenangannya itu turut dikongsi Naqiu.

Minggu ini tiada penyingkiran. Kesemua lapan peserta separuh akhir berjaya ke peringkat seterusnya. Mereka adalah Naqiu, Tomok, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat serta Azharina Azhar.

Para finalis akan nyanyikan tiga buah lagu minggu depan, termasuk duet serta battle.

Peringkat Akhir All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung pada 10 Disember. Anda boleh saksikan rancangan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu di saluran Astro Ria di Singtel.

Finale GV akan diadakan di Axiata Arena. Antara artis jemputan yang akan membuat penampilan ialah Aina Abdul, Ella, Dayang Nurfaizah dan banyak lagi,

Seorang lagi wakil Singapura, Aliff Aziz, telah pun menamatkan perjalanannya di Gegar Vaganza musim ke-10 minggu lepas.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Astro Gempak)

Tinggalkan komen