Tiket A night with Aina Abdul LIVE in Singapore dijual 29 Nov

Konsert ANWAA3.0 baru saja berakhir sekitar seminggu lalu. Dan kini, butiran A Night With Aina Abdul LIVE in Singapore sudah pun dikongsi penyanyi tersebut di Instagramnya baru-baru ini.

Penyanyi lagu berjudul Sepi itu telah mendedahkan harga tiket bagi konsert sulungnya di Singapura menerusi sebuah siaran di Instagram.

Menurut siaran tersebut, harga tiket bermula pada $88 dalam kategori Sumpah, $108 bagi Terus Hidup, $128 untuk Puas Sudah, $158 untuk Semalam dan $258 bagi Jangan Mati Rasa Itu (termasuk sesi Meet & Greet).

Konsert sulung Aina Abdul yang dijayakan oleh Aina Abdul Entertainment dan Neptune Presents! bakal berlangsung pada 6 Januari, 8 malam di The Theatre At Mediacorp. Tiket-tiket akan mula dijual lusa (29 November) nanti.

tiket boleh didapati di

lelaman aina abdul

Awal hari ini, Aina telah mengadakan sebuah sidang media bagi konsertnya ini. Antara soalan yang diaju adalah penyanyi undangan yang akan Aina bawa.

Agak-agak penyanyi Malaysia atau penyanyi Singapura, eh?

Lagi satu… apakah busana yang akan beliau peragakan? Ada tak muzium Aina Abdul nanti kat luar panggung?

Kemunculan Aina di SG pertama kali sebagai seorang penyanyi adalah di konsert Ungu tahun lepas di mana beliau mengambil peranan penyanyi undangan.

Jadi… korang tengok tak Aina Abdul nanti? Min haritu pergi ANWAA3.0 memang best lah, cuba tengok kat bawah ni:

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan komen