Awal semalam, akhirnya Yolo Singapore mengumumkan harga tiket bagi konsert NOAH.
Ini setelah hal pengembalian wang bagi konsert 14 Oktober yang ditunda telah beres.
Ternyata, pihak penganjur kini telah memasarkan harga tiket sebagai ‘mampu milik’ dan bukan harga Y*hudi seperti kesilapan sebelum ini.
Harga tiket konsert NOAH Energized yang ditunda kepada sehari selepas Konsert Galau akan dijual serendah $88 bagi ‘Early Bird’ (21 November-24 November)
Terdapat 7 kategori tiket:
Supreme (duduk), Premium (duduk), General (duduk), Energy Zone (berdiri), Charge Zone (berdiri), Power Zone (berdiri) dan Free Standing.
Tiket Supreme ade lah benda-benda lebih ye.
Penjualan awam akan mula pada 25 November.
Konsert solo NOAH ini akan berlangsung pada 17 Disember di Dewan Expo 1, tapi waktu konsert masih menjadi tanda tanya…
Oh wells, kurang sebulan kot konsert ni. No komen luv.
– Pengkritik Sandiwara

[…] solo NOAH yang sepatutnya berlansung di Singapura pada 17 Disember di Singapore EXPO telah […]
LikeLike