Konsert Armada gabung dengan Radja

Terkejut? Tidak. Pelik? Mungkin. Strategik? Ya.

Konsert kumpulan Armada yang sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober dan kemudian ditunda akan berlangsung selari dengan konsert Radja pada 27 Januari 2024, pada hari enam di Bukit Bintang Temasek.

Tindakan ini diumumkan di Instagram pihak penganjur, Proj3ct69.

Tambahan pula, mreka yang ingin wang mereka dikembalikan boleh menghubungi Sistic untuk meleraikannya.

Mereka yang ingin terus tonton konsert Armada x Radja pula tidak perlu menambah sebarang kos, dan akan diberi tiket baharu.

Pihak penganjur juga meminta maaf atas kesulitan yang berlaku.


Yang penting, adakah peminat Radja yang sudah beli tiket ok dengan kemunculan Armada dan sebaliknya?

Seorang pengguna IG telah meluahkan perasaannya di ruang komen.

Sekiranya anda ingin membeli tiket, anda boleh dapatkan di Sistic.

Jom tengok Armada x Radja!

Konsert NOAH macam mana pula eh?

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen