Setelah kejayaan konsert dua malam awal tahun ini, Exists bakal menjayakan konsert sekali lagi Februari depan.
Berjudul Exists Reunion Unplugged, konsert anjuran Shiraz Projects itu akan berlangsung di Bukit Bintang Temasek pada 24 Februari jam 8 malam.
Tiket-tiket bermula pada harga $85 boleh didapati di Sistic.
Dapatkan tiket anda di sini
Menurut lelaman Sistic, konsert ini akan diiringi susunan akustik yang akan mengimbau memori terindah bersama kumpulan asal Malaysia ini.
Bersama dengan Ezad , Along, Shah, Musa, Ajai dan Ujang, para peminat pasti akan rasa terhibur!
Sekiranya anda terlepas peluang menonton mereka tahun ini, anda pasti tak ingin lepaskan peluang ini pula. Tambahan, tiket tinggal sikit tau!
Yang best, kalau uolls beli tiket Meet & Greet, ada sesi sound check! Curlass.
So, cepat kasi konsert ni sold out!
– Pengkritik Sandiwara

[…] betapa gahnya Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) kalau tiba-tiba Ajai, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Asmidar, Hazama, dan suspect surprise guest kita, Iman […]
LikeLike