Hady Mirza di tangga no.1 All Stars Gegar Vaganza

Dengan lagu asal Michael Bolton berjudul How Am I Supposed To Live Without You, Hady Mirza meraih markah sebanyak 79% sekaligus menduduki di posisi pertama minggu kedua All Stars Gegar Vaganza.

Sebelum ini, penyanyi asal Singapura ini berada di tangga yang ke-5.

Seorang lagi wakil Singapura, Aliff Aziz, merosot ke tangga ke-13 dengan markah sebanyak 65.25%. Minggu lepas, beliau berada di tangga ke-8.

Aliff telah membawa lagu Sampai Mati, nyanyian asal Hazama.

Peminat Gegar Vaganza dikejutkan dengan penyingkiran berganda pada malam semalam iaitu Suki Low dan Cliff Umar.

Namun begitu, ramai warganet di Twitter/X berpendapat bahawa prestasi Aliff Aziz semalam tidak begitu mantap dan beliaulah lebih layak disingkirkan dan bukan Suku Low mahupun Cliff Umar.

Begitu juga dengan luahan hati di ruang komen Instagram!

.

Oh wells, pertandingan ni kan 100% markah juri…


Inilah kedudukan peserta GV10 minggu kedua (sumber daripada Iluminasi):

  1. Hady Mirza, 79%
  2. Jaclyn Victor, 75.5%
  3. Azharina Azhar, 74.5%
  4. Liza Hanim, 73%
  5. Datuk Aishah, 69.5%
  6. Noryn Aziz, 69.25%
  7. Nikki Palikat, 68.5%
  8. Naqiu, 66.75%
  9. Siti Noridana, 66.5%
  10. Ayai Illusi, 66.25%
  11. Tomok, 65.75%
  12. Zamani, 65.5%
  13. Aliff Aziz, 65.25%
  14. Ezad Lazim, 60.50%
  15. Suki Low, 56.25%
  16. Cliff Umar, 53.25%

Kami harap kedua-dua wakil SG akan buat yang terbaik minggu depan, ya?

– Pengkritik Sandiwara

2 comments

Tinggalkan komen