Bunyi gendang penari goyang
KJ undang KC datang (insyah Allah)
Itulah yang dikatakan KC apabila mendapat tahu bahawa KJ atau Khairy Jamaludin (mantan Menteri Kesihatan Malaysia) mempunyai harapan untuk menjemputnya di Pesta Podcast di Malaysia akhir Januari 2024.
KC mengongsi detik ini di Instagramnya:
Menurutnya, dalam rancangan podcast Keluar Sekejap, KJ telah menyatakan rancangan podcastnya iaitu Malam Seram sebagai salah satu podcast yang ingin KJ adakan dalam Pesta Podcast. Kata KJ, rancangan Malam Seram amatlah popular dalam kalangan pendengar Malaysia meskipun sebuah podcast asal Singapura.
Dalam klip video tersebut, seolah-olah mereka akan membuat acara bertemakan hantu pada waktu malam. Mungkin seakan acara Malam Seram yang pernah KC adakan di Esplanade sebelum ini?
Kami doakan yang terbaik buat KC dan semoga segalanya berjalan dengan lancar. Pasti Geng Momok Malaysia tak sabar untuk ini semua menjadi realiti, kan?
Keluar Sekejap merupakan sebuah rancangan podcast yang dihoskan dua ahli politik Malaysia iaitu KJ serta Shahril Hamdan di mana mereka berbincang tentang hal politik dan isu semasa.
– Pengkritik Sandiwara

[…] Malam Seram mewakili Singapura (serta OKLETSGO, sebuah saluran podcast yang tidak diminati pasukan Peng). […]
LikeLike
[…] julung kalinya, peminat Malam Seram bakal menikmati kisah seram yang dikelolakan oleh KC Champion dalam bentuk teater […]
LikeLike