Ella kasi riuh pada malam pertama Jilid Akhir Puteri Kota

Ella membuka pentas Jilid Akhir: ELLA Puteri Kota di Kota Singa dengan ‘Risau’ yang membuat peminat Singapura teriak satu panggung!

Suasana Bukit Bintang Temasek begitu riuh melihat Ratu Rok Nusantara beraksi di atas pentas, menyanyikan lagu-lagu ikoniknya.

Rata-rata, ramai peminat Singapura yang amat menunggukan saat ini. Yelah, sampai Ella menambah satu lagi show! Sepatutnya, shownya cuma hari ini (18 Ogos). Show semalam (17 Ogos) adalah persembahan tambahan!

Walaupun usianya sudah mencecah lebih setengah abad, tenaga dan aura Ella masih mampu menggegarkan hampir 5,000 penonton di Buona Vista!

Memperagakan busana dengan stailnya yang tersendiri dan ikonik, Ella menyampaikan lebih 30 buah lagu dalam konsertnya yang hampir tiga jam itu. Antaranya adalah Ala Amerika, Dua Insan Bercinta, Kitalah Bintang dan banyak lagi!

Kalau tu tak puaskan peminat, tak tau nak cakap apalah! Ke… ada yang akan pergi konsert malam ini lagi?

Selain dirinya, Ella turut mengundangi suaminya, Azhar Ghazali, di pentas untuk bernyanyi bersama. Di pentas itulah penonton dapat lihat betapa mesranya penyanyi asal Malaysia itu terhadap jodohnya. Min yang tengok, Min yang jelaous!

Tambahan pula, anak buahnya, Kaka Azraff, juga menjadi peneman duet untuk lagu Sembilu.

Kaka memperagakan busana serba putih, amat bercanggah dengan Ella yang memakai hitam dari atas ke bawah. Min lurve the contrast!

Kaka Azraff dengan utehnya

Lagu Bukan Hal Aku juga didendangkan Kaka. Menarik sekali, ia ditulis pemuzik setempat iaitu Alyph!

Ella juga sempat menjual pantun di konsertnya.

Penonton bersorak menyeru Ella sekali lagi untuk lagu ‘encore’. Satu panggung bergema, menyanyikan lagu Gemilang membuat Ella goosebumps!

Sebelum ini, Ella telah menjayakan konsert Jilid Akhir Puteri Kota di Axiata Arena, Bukit Jalil, Malaysia. Konsert tersebut juga berlangsung selama dua malam iaitu pada 10 dan 11 Jun yang lalu.

Ella juga akan mengadakan konsert di Pulau Pinang pada 28 Oktober nanti. Uolls pergi tak?

Kepada yang akan menghadiri konsert malam ini, have fun tau!

Nanti dapat bracelet berlampu, macam konsert K-pop!

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan komen